Home » Langit Terbuka » Akta Anti Berita Tidak Benar bakal dimansuh hari ini

Akta Anti Berita Tidak Benar bakal dimansuh hari ini

Langkah pemansuhan itu adalah sebahagian daripada janji Manifesto Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 untuk bacaan kali kedua sebelum undian dibuat untuk memansuhkan akta berkenaan.

Langkah pemansuhan itu adalah sebahagian daripada janji Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu terhadap undang-undang sedia ada yang menindas rakyat di negara ini.

Mansuh atau sebaliknya bergantung kepada peranan 32 daripada 70 Senator penyokong Barisan Nasional (BN) yang dilihat berharap akta itu dikekalkan demi kesejahteraan rakyat.

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan akta itu dimansuhkan hari ini susulan RUU Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diluluskan tanpa laluan sukar pada 20 Ogos lalu bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Sebelum ini, Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beberapa akta seperti Anti-berita Tidak Benar 2018, Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 akan dihapuskan.

Mahathir berkata, undang-undang berkenaan bersifat zalim dan menindas rakyat.

Malah, PH juga berjanji akan memansuhkan peruntukan zalim yang terdapat dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Kesalahan Keselamatan, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *