Home » Langit Terbuka » Akaun Facebook Nadir Al-Nuri, rakyat Malaysia di Gaza disekat

Akaun Facebook Nadir Al-Nuri, rakyat Malaysia di Gaza disekat

Tangkap layar akaun Facebook Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman yang baharu. - Foto Facebook

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook (FB) milik rakyat Malaysia tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman disekat, semalam.

Muhammad Nadir berkata, akaun FB miliknya itu disekat selepas membuat hantaran berkenaan seorang kanak-kanak Gaza yang lari mengejar jenazah ayahnya.

“Kejadian ini adalah pertama kali, tindakan pertama adalah komen disekat.

“Kini saya sedang membangunkan kumpulan di aplikasi Telegram dan Instagram,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dia juga membuat akaun FB baharu dengan nama sama iaitu Nadir Al-Nuri.

“Saya tidak akan putus asa dan akan sentiasa membuat akaun baru jika masih lagi disekat,” katanya.

Muhammad Nadir juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia satu-satunya rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung Gaza.

Difahamkan laman sosial beliau disekat susulan sering memaklumkan perkembangan terkini berhubung keadaan semasa di Palestin di medium berkenaan.

Kepada yang ingin mengikuti akaun Telegram Muhammad Nadir, klik di sini atau, layari https://t.me/nadiralnuri. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *