Home » Langit Terbuka » “AINUL KRITIKAL. HANYA ALLAH SWT TEMPAT BERGANTUNG KETIKA INI,” – BAPA

“AINUL KRITIKAL. HANYA ALLAH SWT TEMPAT BERGANTUNG KETIKA INI,” – BAPA

Foto Arkib

Kuala Lumpur -“Ainul Kritikal. Hanya Allah SWT tempat bergantung ketika ini. Terus doakan Ainul.”

Demikian kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak bapa kepada Ainul Mardhiah yang hari ini dilaporkan dalam keadaan agak kritikal.

Ujarnya lagi, anaknya mendapat jangkitan kuman yang kemungkinan berserta virus.

Menurut Safiuddin anaknya mula batuk pada Jumaat lalu dan muntah serta cirit pada Sabtu.

Pada Ahad katanya beliau telah membawa Ainul Mardhiah untuk pemeriksaan dan diminta untuk membawanya ke hospital.

“Doktor kata, dalam tempoh tiga hari jangkitan kuman dia sangat kuat dan pantas.

“Hari ini, doktor putuskan untuk guna mesin ventilator sebab kuman atau virus itu mula merebak hampir di semua tempat. Para doktor di sini buat sehabis baik untuknya.

“Sekarang ini kita hanya perlu tunggu dan berdoa, apakah tindak balas tubuh ainul. Mohon doakan Ainul berjaya lawan ye,” kata beliau dalam catatan di Facebook.

Sementara itu, pakar bedah Malaysia di The Imperial College Healthcare NHS di London, Dr Nur Amalina Che Bakri turut mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah.

“Ya Allah Ya Tuhanku, marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Keep fighting Ainul! You did it before, you can do it again! Ya Allah,” tulis Dr Nur Amalina pada ruangan komen akaun Instagram Nurul Erwani.

Pada 2019, Dr Nur Amalina adalah individu yang bertanggungjawab membawa Ainul Mardiah serta ibu bapanya ke London bagi mendapatkan rawatan ketumbuhan dalam mulut iaitu ‘Germ Cell Tumor’. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *