AMSTERDAM, 8 Sept. – Ahli Parlimen Belanda, Tunahan Kuzu enggan bersalaman dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sedang melakukan lawatan singkat ke negara itu.
Dalam satu video klip, Tunahan Kuzu tidak menyambut tangan yang dihulur Netanyahu dan beliau ketika itu memakai lencana butang bendera Palestin.
Mengulas kejadian itu, Tunahan menulis di Facebook dan menyatakan bahawa tindakannya itu disebabkan kekejaman yang dilakukan rejim Israel ke atas rakyat Gaza pada perang 2014.
“Ketika jalanan Gaza dihamparkan dengan darah kanak-kanak pada musim panas 2014, karpet merah pula dihamparkan di sini. Oleh itu, tiada salam tangan, tetapi adalah seruan #FreePalestine (membebaskan Palestin),” tulis Tunahan Kuzu.
Sementara itu, satu himpunan besar oleh penyokong Palestin diadakan dan antara kain rentang yang diangkat tertulis ayat “Hantar Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa”. – Agensi
KOMEN