Home » Langit Terbuka » Agong titah peruntukan Hari Keputeraan disalur ke Tabung Harapan

Agong titah peruntukan Hari Keputeraan disalur ke Tabung Harapan

Seri Paduka Baginda menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan dengan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menitahkan acara Sambutan Hari Keputeraan Baginda iaitu Istiadat Hari Keputeraan Rasmi dan Jamuan Teh Diraja yang akan diadakan pada 9 September di Istana Negara dibatalkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz dalam satu kenyataan berkata, Sultan Muhammad V menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara rasmi berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan dengan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2018,” kata kenyataan tersebut.

Sultan Muhammad V bertitah acara-acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda yang lain tetap diteruskan sepertimana yang telah dirancang.-Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Tanggapan salah terhadap dialog

Apabila disebut dialog antara agama, sebahagian besar masyarakat Malaysia khususnya orang Islam memandang negatif dan menolak keberadaan mekanisme dialog antara agama di

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *