Home » Langit Terbuka » Agong, Permaisuri rakam ucapan takziah

Agong, Permaisuri rakam ucapan takziah

Seri Paduka Yang Dipertuan Agong menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia terus berdoa bersama baginda memohon ihsan Allah supaya usaha-usaha membendung wabak Covid-19 dirahmati dan diberkati. - Foto NSTP

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini (18 Mac) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dua mangsa yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Dalam kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia terus berdoa bersama baginda memohon ihsan Allah supaya usaha-usaha membendung wabak Covid-19 dirahmati dan diberkati serta situasi dapat ditangani dan berakhir dengan segera.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas di Kementerian Kesihatan dan agensi kerajaan yang berkaitan, khususnya petugas di barisan hadapan yang telah berkerja dengan semangat yang tinggi dan tanpa mengira penat lelah,” katanya.

Malaysia mencatatkan 673 kes Covid-19 sehingga semalam dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengisytiharkan kematian pertama akibat wabak Covid-19 membabitkan dua lelaki.

Terdahulu, baginda berdua berkenan melawat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *