KAMPUNG MEDAN – Lima keluarga kurang bernasib baik di kampung ini menerima sumbangan barangan dapur daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 10 Mei.
Kesemua mereka turut menerima sedikit wang tunai dan kurma daripada SAY Kuala Langat.
Sumbangan disampaikan Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin.
Para penerima mengucapkan terima kasih kepada SAY Kuala Langat atas keprihatinan yang ditunjukkan mereka.
Program ini ialah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360).
KOMEN