KEBUN BHARU – Setiap Jumaat Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah lupa untuk mengagihkan pek makanan siap dimasak kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta warga emas.
Inisiatif terbaharu agihan dilaksanakan pada 21 Januari di kampung ini dan Rumah Anak – Anak Yatim Sijangkang.
Seramai 20 buah keluarga telah disantuni oleh SAY Kuala Langat kali ini. Agihan dilaksanakan oleh pengerusi pasukan ini, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.Â
Selain agihan pek makanan siap dimasak, SAY Kuala Langat juga menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai serta lampin pakai buang kepada pesakit yang terlantar.
SAY Kuala Langat mengalu-alukan mana mana pihak yang ingin bekerjasama dengan mereka menyantuni golongan yang memerlukan di daerah ini.
Sumbangan anda amat bermakna buat mereka.
Â
KOMEN