SIJANGKANG – Konsisten dengan inisiatif menyantuni golongan yang memerlukan, telah menarik perhatian ramai pihak untuk bekerjasama dengan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat.
Terbaharu pada 19 September, seorang peniaga ikan, Rosli Buang bekerjasama dengan SAY Kuala Langat apabila menyumbangkan 80 kilogram ikan dan buah tembikai kepada golongan yang memerlukan.
Program ini diadakan di gerai milik Rosli di sini.
Inisiatif ini telah memanfaatkan sebanyak 40 keluarga asnaf di sini.
Hadir ke program ini ialah pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.
KOMEN