Home » Langit Terbuka » Agamawan Ketuai Jawatankuasa Pemerkasaan Syariah – Nurul Izzah

Agamawan Ketuai Jawatankuasa Pemerkasaan Syariah – Nurul Izzah

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata, , jawatankuasa itu perlu dipimpin golongan agamawan dan bukan dalam kalangan ahli politik.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menggesa diwujudkan Jawatankuasa Parlimen berkaitan pemerkasaan syariah.

Beliau berkata ia boleh menjadi wadah untuk Ahli Parlimen membincangkan pelbagai perkara secara holistik dan menyeluruh bagi merungkai permasalahan rakyat mengenai isu-isu berkaitan secara terperinci termasuk pernikahan bawah umur.

Katanya, jawatankuasa itu perlu dipimpin golongan agamawan dan bukan dalam kalangan ahli politik.

“Isu-isu dapat dibangkitkan secara forum yang turut diwakili pihak kerajaan dan parti pembangkang,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Parlimen berkaitan perpaduan negara dan integrasi nasional bagi mengekalkan keharmonian negara. – HARIAN METRO ONLINE

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/363283/agamawan-ketuai-jawatankuasa-pemerkasaan-syariah-nurul-izzah

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *