Home » Langit Terbuka » ‘Agama Islam tiada tempat di Jerman’

‘Agama Islam tiada tempat di Jerman’

Horst Seehofer

Kenyataan menteri baharu cetus reaksi bercampur

BERLIN: Menteri Dalam Negeri Jerman yang baru dilantik, Horst Seehofer, berkata tiada tempat untuk agama Islam di negara itu dan dia sedia membentangkan polisi imigresen yang lebih ketat, lapor Reuters.

Seehofer berkata demikian dalam satu temu bual pada Jumaat, yang mengeluarkan kenyataan itu seiring usaha menangani kebangkitan pesaing politiknya yang berhaluan kanan.

Menteri itu memberitahu akhbar Bild bahawa dia akan menyegerakan sebuah pelan untuk mempercepatkan proses penghantaran pulang pemohon suaka.

Seehofer berkata, dia juga akan mengklasifikasikan lebih banyak status negara asal pelarian, yang akan memudahkan penghantaran pulang pemohon suaka yang ‘gagal’.

“Agama Islam tiada tempat di Jerman,” ujar Seehofer, yang bertentangan dengan kenyataan bekas presiden Christian Wulff yang sebelum ini ‘memanaskan’ topik tentang imigresen pada 2010 dengan menyatakan bahawa Islam adalah sebahagian dari Jerman.

Pada 2015, Canselor Angela Merkel sependapat dengan Wulff walaupun ketika itu sebuah kumpulan anti-imigran iaitu Patriotic Europeans Against the Islamisation of the West (PEGIDA) sedang menjalankan demonstrasi.

Bagaimanapun, Seehofer menjelaskan lagi kenyataannya.

“Tentulah orang Islam yang tinggal di negara ini sebahagian daripada Jerman.

“Mesej saya adalah: Orang Islam perlu hidup bersama kita semua, bukan hidup secara bertentangan,” jelasnya yang menegaskan bahawa Jerman tidak patut membelakangkan adat dan tradisi iaitu rakyatnya mengamalkan ajaran Kristian dalam jiwa masing-masing.

Kerajaan Jerman menganggarkan sejumlah antara 4.4 hingga 4.7 juta orang Islam tinggal di negara itu, dengan kebanyakan daripada mereka memiliki latar keturunan Turki.

Sementara itu, kebanyakan daripada jutaan pendatang yang tiba di Jerman dari Asia Barat dan negara-negara lain juga adalah orang Islam. Semua itu terjadi selepas Merkel mengguna pakai polisi terbuka pada pertengahan tahun 2015.

Kenyataan daripada Seehofer itu bagaimanapun mendapat reaksi bercampur daripada ahli politik dan tokoh masyarakat di negara itu, dari pelbagai fahaman politik berbeza. – ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *