Home » Langit Terbuka » Aceh tak larang lelaki lembut bekerja di salon kecantikan

Aceh tak larang lelaki lembut bekerja di salon kecantikan

Awal bulan ini beberapa mak nyah yang bekerja di premis kecantikan di Banda Aceh dibotakkan kepala dan dipaksa memakai pakaian lelaki.

JAKARTA 15 Feb. – Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf berkata, tiada larangan bagi golongan lelaki lembut bekerja di premis kecantikan.

Irwandi membuat kenyataan itu susulan aduan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka ponteng sekolah dan menghabiskan masa di salon kecantikan di Banda Aceh.

“Golongan lelaki lembut tak dilarang bekerja di salon. Memang sebelum ini ada aduan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka lebih gemar melepak bersama golongan tersebut.

“Mereka juga mencari rezeki yang halal. Itu kan mata pencarian mereka…sebagai pekerja salon tiada yang salah.

“Yang salah jika mereka mahu jadi transeksual atau mak nyah. Memang mereka pekerja salon, tapi kalau mahu bercucuk tanam (petani), ya silakan.

“Apa yang penting, saya minta pelajar tidak lagi ponteng dan berhenti mengunjungi premis kecantikan,” ujar Irwandi. – Detik.com

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *