Home » Langit Terbuka » Abu Kassim Disebut Bakal Ganti Ali Hamsa

Abu Kassim Disebut Bakal Ganti Ali Hamsa

laporan turut menyebut GIACC berkemungkinan diletak terus bawah KSN

BANGI – Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, Ali, 63, dijangka bersara penghujung Ogos depan selepas perkhidmatannya yang disambung secara kontrak ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar itu berkata, GIACC berkemungkinan akan diletakkan secara terus di bawah KSN jika cadangan melantik Abu Kassim mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.

“Keadaan ini akan membuatkan KSN lebih fokus kepada komitmen kerajaan untuk membasmi rasuah dari semua peringkat.

“Buat masa ini, Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN); Institusi Integriti Malaysia (IIM); Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah diletakkan di bawah GIACC,” kata akhbar itu.

Sinar Harian memetik sumbernya sebagai berkata, Abu Kassim berkemungkinan akan dilantik sebagai KSN pada awal Julai ini.

”Pemilihan Abu Kassim dibuat sebagaimana kata-kata Dr Mahathir sebelum ini yang mahu kepakaran beliau membasmi rasuah.

”Beliau ada banyak pengalaman dalam SPRM. Beliau juga berpengalaman di peringkat antarabangsa dan berhubung dengan beberapa agensi anti rasuah lain, selain banyak memberi syarahan antirasuah,” katanya. – ISMAWEB

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *