Home » Uncategorized » Abu Dar’ pemimpin baharu Daesh Asia Tenggara

Abu Dar’ pemimpin baharu Daesh Asia Tenggara

Anggota kumpulan pengganas Daesh yang dikehendaki di Filipina terdiri dari Abu Dar (dua dari kiri). - Foto ihsan https://intelligencebriefs.com/philippine-military-identifies-and-in-pursuit-of-isis-leader-in-south-east-asia-popularly-known-as-abu-dar/

MANILA: Tentera Filipina sudah mengenal pasti pemimpin baharu atau ‘Emir’ kumpulan pengganas Daesh di Asia Tenggara.

Menurut jurucakap Divisyen Pertama tentera Filipina, Mejar Ronald Suscano, salah seorang individu yang merancang kepungan di Marawi dikenali sebagai ‘Abu Dar’ menggantikan Isnilon Hapilon yang terbunuh, tahun lalu.

Katanya, Dar disifatkan sebagai kurang radikal dan tidak mempunyai banyak pengalaman tempur berbanding Hapilon tetapi sekadar mengetuai kumpulan kecil dan ganas Abu Sayyaf.

“Isnilon lebih radikal kerana beliau lebih tua serta mempunyai lebih banyak latihan dan pengalaman. Ketika era Isnilon, Abu Dar hanyalah pemimpin bawahan,” kata Suscano semalam dipetik beberapa laporan media Filipina.

Dar berasal dari wilayah Lanao del Sur, selatan Filipina dan mempunyai hubungan dengan militan di luar Filipina.

“Dia mempunyai wang, sumber dan rangkaian. Dia mempunyai kemampuan untuk memimpin,” kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral, Bienvenido Datuin.

Seorang pegawai keselamatan yang enggan mendedahkan identitinya berkata, tentera menjangkakan kumpulan Dar mampu membawa keluar kira-kira 500 juta peso (RM104.23 juta) dari Marawi ketika peringkat awal kepungan, lapor Malaya Business Insight.

Militan bersimpati dengan Daesh daripada beberapa kumpulan Maute dan Abu Sayyaf menyerang bandar Marawi tahun lalu, susulan satu operasi ketenteraan gagal untuk bertindak di atas waran tangkap Hapilon.

Pertempuran itu mengakibatkan kematian lebih 1,100 orang. Kepungan itu menyebabkan Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang ketenteraan di pulau Mindanao, selatan Filipina. – The Straits Times

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *