Home » Langit Terbuka » ABIM Selangor minta semua pihak bantu pantau organisasi, individu promosi ajaran sesat

ABIM Selangor minta semua pihak bantu pantau organisasi, individu promosi ajaran sesat

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta memantau organisasi dan individu yang disyaki mengamal dan mempromosikan ajaran sesat di media sosial.

Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Ahmad Fahmi Adzha Mohd Nasarudin berkata, pihaknya memandang serius sebarang bentuk gerakan penyelewengan akidah kerana ia memecah-belahkan umat Islam serta membelakangi syariat.

Katanya, tindakan mengamal dan mempromosikan ajaran sesat di media sosial dikhuatiri akan mempengaruhi nilai kefahaman beragama oleh umat Islam di negara ini.

“Sehubungan dengan itu, ABIM Selangor meminta semua pihak untuk menjaga ketenangan awam dengan menghindari penyebaran maklumat yang tidak disahkan dan berpotensi menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Tali silaturahim dan ukhuwah perlu diperkukuhkan dalam menghadapi cabaran dan ancaman terhadap akidah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ABIM Selangor menyambut baik dan menyokong tindakan serta inisiatif yang diambil oleh pihak berkuasa, antaranya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memulihara dan mengukuhkan akidah umat Islam di Selangor.

“Tindakan itu akan mengekang penularan pengaruh ajaran sesat ini daripada merebak dan menjadi wabak kepada umat.

“ABIM Selangor berharap supaya isu ini dapat diselesaikan dengan bijaksana dan adil bagi menjaga keharmonian umat Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *