Home » Ensiklopedia » Jalan setapak paling ngeri di dunia

Jalan setapak paling ngeri di dunia

Rasanya tidak ada jalan setapak lain yang boleh mengalahkan kengerian jalan setapak di Chang Kong, China. Adrenalin pelancong pasti mengalir laju apabila berjalan di atas kepingan papan sambil tangan memegang tali keselamatan. Sementara di bawah mereka adalah…jurang!

Chang Kong Cliff Road terletak di daerah Shaanxi, China. Destinasi pelancongan ini sememangnya tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jantung dan fobia dengan ketinggian.

Bayangkan, jalan setapak ini ada di lereng tebing Gunung Huashan yang tingginya ribuan meter dari aras laut. Jalannya sangat sempit dan berbahaya.
Beberapa bahagian jalan kecil ini hanya memakai papan kayu yang hanya cukup untuk langkah kaki. Malah, di beberapa tempat jalan setapak ini memerlukan pembaikan untuk keselamatan para pelancong.

Jalan setapak ini dipaku ke gunung sekitar 700 tahun dahulu. Menurut kisah, jalan setapak maut ini dibuat oleh orang-orang sakti yang mencari keabadian dengan tinggal di Gunung Huashan.

Chang Kong Cliff Road ini menjadi kegemaran pelancong-pelancong yang berani walaupun pengembaraan ini sangat merbahaya. Mereka menjelajah gunung dengan alat keselamatan yang di pasang pada tubuh mereka.

Berrhati-hatilah apabila melangkah kerana silap melangkah maut yang mengundang!

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *