Home » Langit Terbuka » Pencerobohan tanah termasuk kategori ‘al-ghasab’, diharamkan syarak – Mufti Pahang

Pencerobohan tanah termasuk kategori ‘al-ghasab’, diharamkan syarak – Mufti Pahang

Laporan BH Online mengenai titah Sultan Pahang yang menyentuh soal rasuah dan kepentingan integriti dalam pemerintahan.

KUANTAN: Titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya rakyat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa susulan kes pencerobohan tanah di negeri ini, dianggap amanah besar demi menjaga kelestarian negeri serta kedaulatan undang-undang dan syarak.

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata pencerobohan tanah sama ada melalui perlombongan haram, penerokaan tanah, perladangan atau pembinaan infrastruktur tanpa kebenaran jelas membabitkan pelanggaran undang-undang.

Malah, katanya ia juga satu bentuk kemungkaran, pengkhianatan amanah dan jenayah syarie yang membawa kerosakan bumi serta penindasan terhadap rakyat.

“Pencerobohan tanah tidak boleh menggunakan konsep Ihya’ Al-Mawat (menghidupkan sesuatu yang telah mati) kerana tindakan itu memberi mudarat kehilangan tanah yang besar kepada kerajaan untuk melaksanakan projek yang bermanfaat kepada seluruh rakyat.

“Konsep Ihya’ Al-Mawat hanya dapat dilaksanakan jika ia menjadi dasar kerajaan. Dalam konteks sekarang, rakyat wajib mendapatkan kelulusan permit oleh kerajaan kerana semua rakyat tertakluk kepada undang-undang melalui Akta Kanun Tanah Negara 1965,” katanya.

“Tindakan ini termasuk dalam kategori ‘al-ghasab’ yang bermaksud merampas hak orang lain secara zalim dan diharamkan oleh syarak.

“la turut mencabul prinsip ‘hifz al-mal’ (penjagaan harta) dalam Maqasid al-Syariah dan mencabar peranan ulil amri dalam memelihara keadilan dan kemaslahatan ummah,” katanya.

Sehubungan itu, Mufti Pahang menyeru pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan supaya melaksanakan penguatkuasaan secara tegas, telus dan berintegriti, berpaksikan prinsip hisbah dan amar makruf nahi mungkar dengan tindakan itu hendaklah dilakukan secara konsisten.

Artikel Berkaitan

Tanggapan salah terhadap dialog

Apabila disebut dialog antara agama, sebahagian besar masyarakat Malaysia khususnya orang Islam memandang negatif dan menolak keberadaan mekanisme dialog antara agama di

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *