BAHANG Ramadan sudah mula dirasai. Pelbagai program untuk menyambut ketibaannya telah dianjurkan untuk menimbulkan rasa gembira dengan bulan mulia itu.
Penduduk Zon D Damaiputra, Perkampungan Sungai Isap umpamanya tidak terkecuali mengadakan program bersama YADIM Negeri Pahang, Pertubuhan Peduli Progresif dan Pertubuhan Santuni Ummah Pahang bagi menyambut ketibaan Ramadan.
Pada 15 Februari, Forum Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan telah dianjurkan dengan menampilkan dua panelis iaitu Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Alwi Muda dan Ahli Zamalah YADIM Pahang, Ustaz Syed Anis Syed Husin.
Dalam forum ini, ahli panel telah menyentuh berkaitan persiapan Ramadan dan ibadah sunnah sepanjang bulan itu.
Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Encik Ibrohim Mazalan. Turut hadir dalam forum ini ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Zon D Damaiputra, Haji Azman Bakar.
KOMEN