Home » Citra Yadim » Program Kembali Ke Sekolah Jabatan Perdana Menteri 2025

Program Kembali Ke Sekolah Jabatan Perdana Menteri 2025

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin, telah hadir ke Program Kembali Ke Sekolah Jabatan Perdana Menteri 2025 yang dianjurkan di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya pada 14 Februari.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dengan menyantuni dan menyampaikan beg sekolah sumbangan YADIM sebagai simbolik.
Program ini merupakan kolaborasi antara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan bagi membantu memastikan keperluan persekolahan anak-anak kakitangan mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya.
Selain itu, program ini bertujuan memberikan bantuan persediaan persekolahan serta meringankan beban 50 anak-anak kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang bakal memulakan sesi persekolahan pada 17 Februari ini.
Semoga sumbangan tersebut dapat membantu keluarga yang memerlukan serta memberi motivasi kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan bersedia.
Selain itu, Karnival Jualan Rahmah Madani Putrajaya dan Kembali ke Sekolah di Putrajaya masih berlangsung sehingga Ahad ini dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *