Home » Citra Yadim » YADIM Negeri Sarawak bantu banjir di Bintulu

YADIM Negeri Sarawak bantu banjir di Bintulu

BANJIR Yang melanda Bintulu baru-baru ini mendapat perhatian YADIM Negeri Sarawak yang segera menggerakkan ejen dakwahnya ke lokasi bencana.
Bersama-sama Sukarelawan YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Musa’ad Deen Kuching dengan kekuatan seramai 13 orang, mereka menempuh perjalanan selama 10 jam untuk sampai ke kawasan berkenaan pada 9 Februari.
Diketuai oleh pegawai YADIM Sarawak Encik Zamri Bali, mereka bergotong-royong membersihkan Masjid Darul Yakin di Kampung Kuala Segan Bintulu seawal jam 9 pagi keesokannya.
Ahli Jawankuasakuasa Masjid Darul Yakin, Encik Abdul Majit yang mewakiki pengurusan masjid, merakamkan ucapan terima kasih kepada YADIM dan semua yang membantu kerana telah meringankan tugas-tugas pembersihan masjid mereka.
Peserta inisiatif ini kemudiannya menuju ke
Masjid Ar-Rahman, Sebauh juga di Bintulu sebagai lokasi kedua program pada 11 Februari.
Di sini, mereka disertai kira-kira 30 peserta lain yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Ar Rahman, kakitangan Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu serta anggota Pasukan Sukarelawan Bomba Sebauh.
Lumpur setebal sehingga satu kaki merupakan antara cabaran yang dihadapi peserta untuk membersihkan masjid berkenaan.
Mujur aset Sukarelawan Bomba seperti hos dan pam air telah memudahkan kerja-kerja pembersihan.
Pengerusi Masjid Ar Rahman, Haji Johari Mahdom mengucapkan terima kasih dan berasa syukur atas bantuan yang di hulurkan oleh pihak YADIM. Beliau turut terharu kerana pasukan ini sanggup hadir dari Kuching untuk membantu kerja-kerja pasca banjir.
Banjir yang melanda Bintulu kali ini merupakan yang terburuk dalam tempoh 70 tahun.
Bencana ini menyebabkan lebih 12,470 orang penduduk terjejas.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *