Home » Citra Yadim » Sumbangan kepada RSY yang terlibat kemalangan

Sumbangan kepada RSY yang terlibat kemalangan

YADIM melalui Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) telah menyantuni pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Terengganu yang mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan.
Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengarah KEMUDA, Encik Shahrizal Mat kepada RSY yang terlibat iaitu Muhamad Shahrulnizam Jamil, Nur Rusyda Zaidi dan Nur Saiyidah Mubarakah Mohd Faisal di IPG berkenaan pada 10 Februari.
Dalam kejadian pada 18 Disember lalu, lima kenderaan telah terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di kilometer 16 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Merapoh.
Kejadian tersebut turut mengakibatkan seorang penuntut wanita maut, iaitu Almarhumah Nurul Alya Fatnin Mohd Mawardzi. Sumbangan kepada keluarganya telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan YADIM Negeri Kelantan, Puan Yusnita Mohamed Yusuf di kediaman keluarganya di Tanah Merah, Kelantan pada 9 Februari.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *