Home » Langit Terbuka » Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia – Mohd Na’im

Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye menawarkan biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Teologi dan International Hatip High Schools di negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata permohonan dibuka sehingga 28 Feb ini, sekali gus memberikan peluang terbaik kepada pencinta ilmu di Malaysia untuk menyambung pengajian di Turkiye.

“Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Bagi calon berkelayakan, boleh membuat permohonan segera. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan Kedutaan Turkiye atas peluang ini kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Rakyat Malaysia yang ingin memohon boleh melayari laman rasmi DiYANET BURSLARI Scholarships di pautan https://diyanetburslari.tdv.org/en/.

Sementara itu, Universiti Malaya (UM) menerusi nota kepada pengarang memaklumkan Tuanku Canselor UM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang dijadual melawat Malaysia esok (Isnin).–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Jangan hina Islam, pertahan kesuciannya – Sultan Pahang

JERANTUT: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap individu yang semakin berani mencabar dan memperlekeh kesucian Islam. Baginda menegaskan,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *