GOMBAK: Pendirian Malaysia adalah sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan Gaza sebelum mengulas lanjut.
“Kita sedang teliti, kita teliti kenyataan dulu kemudian kita akan ulas.
“Gaza yang penting, pendirian Malaysia kekal seperti mana negara-negara Islam lain, yang lain kita akan ulas kemudian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Buku Malik Bennabi Reader dan International Institute of Future Studies di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di sini, pada Rabu.
Maklum balas itu sebagai menjawab kenyataan Trump yang menyatakan ikrar untuk AS mengambil alih Semenanjung Gaza selepas rakyat Palestin dipindahkan keluar ke negara lain.
Terdahulu, Trump menyatakan ikrar itu sebagai satu langkah yang bakal ‘menghancurkan’ dasar berdekad-dekad AS berhubung konflik Israel-Palestin. – Awani
KOMEN