PENDAKWAH terkemuka dari Indonesia, Profesor Dr. Haji Abdul Somad yang lebih dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad baru-baru ini telah menerima sijil tauliah mengajar bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ia disampaikan oleh Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato’ Seri Haji Wan Zahidi Wan Teh di program Bicara Agama bersama Ustaz Abdul Somad di Padang Majlis Daerah Lenggong, pada 20 Disember.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang menyaksikan lebih 10 ribu pengunjung turut mengikuti perkongsian ilmu oleh Ustaz Abdul Somad.
Menteri Besar Perak Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad dalam ucapan pada majlis tersebut berharap agar perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan ilmu serta hidayah kepada yang hadir.
Turut hadir dalam program tersebut Ahli Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang juga Felo Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti.
Sementara itu, turut menerima tauliah mengajar bagi negeri Perak bagi sesi pentauliahan kali ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Beliau menerima tauliah tersebut dalam Muqabalah Mahabbah dan Majlis Penyampaian Watikah Tauliah Mengajar (Agama Islam) Negeri Perak 2024 bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 15 Disember. Penerima lain termasuklah :
Ustaz Abdul Somad diberi Tauliah Mengajar Negeri Perak
PENDAKWAH terkemuka dari Indonesia, Profesor Dr. Haji Abdul Somad yang lebih dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad baru-baru ini telah menerima sijil tauliah mengajar bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ia disampaikan oleh Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato’ Seri Haji Wan Zahidi Wan Teh di program Bicara Agama bersama Ustaz Abdul Somad di Padang Majlis Daerah Lenggong, pada 20 Disember.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang menyaksikan lebih 10 ribu pengunjung turut mengikuti perkongsian ilmu oleh Ustaz Abdul Somad.
Sementara itu, Menteri Besar Perak Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad dalam ucapan pada majlis tersebut berharap agar perkongsian yang disampaikan dapat memberi manfaat dan ilmu serta hidayah kepada yang hadir.
Turut hadir dalam program tersebut Ahli Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang juga Felo Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti.
Foto ihsan Pejabat Mufti Perak.
Sementara itu, turut menerima tauliah mengajar bagi negeri Perak bagi sesi pentauliahan kali ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Beliau menerima tauliah tersebut dalam Muqabalah Mahabbah dan Majlis Penyampaian Watikah Tauliah Mengajar (Agama Islam) Negeri Perak 2024 bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 15 Disember. Penerima lain termasuklah :
- Hj. Ab. Rahman Thobroni Bin Hj Mohd Mansor
- Sahibus Samahah Dato’ Profesor Madya Dr Haji Miszairi Bin Haji Sitiris
- Dr Mohd Jamil Sadaqi Bin Dato’ Mursyid Diraja Syeikh Tajuddin Al-Jarumi
- Tuan Haji Hanafiah Bin Haji Abdul Razak
- Haji Mohd Meeftah Bin Haji Anuar
- Baba Abdul Qodir Bin Haji Ali Al-Fathoni
- Baba Yahya Bin Husain Al-Fathoni
- Baba Faisal Bin Abdul Rahman Ad-Dalawi
- Mohamad Sukri Bin Yusoff
- Mohd Iqbal Bin Parjin
- Tuan Haji Yunan Bin Haji Abdul Samad
- Ahmad Faiz Hafizuddin
- Haji Zakaria Bin Abd. Razak
- Harryanto Rizal Bin Rokman
- Mohammed I.M Alhendi
- Nik Muhammad Syukri Bin Nik Wan (Dr. Masakaree Ardae)
- Zamri Bin Hashim
- Mohd Akil Bin Muhamed Ali
KOMEN