Home » Langit Terbuka » LZS kesan pasangan kes bayi ‘ditahan’ peti sejuk

LZS kesan pasangan kes bayi ‘ditahan’ peti sejuk

Abdul Aziz ketika ditemui pada pelepasan konvoi Bantuan Banjir MAIS di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedang mengesan pasangan suami isteri yang sebelum ini tular berhubung dakwaan bayi mereka ‘ditahan’ dalam peti mayat di sebuah hospital akibat tidak mampu membayar bil.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai isu tersebut sama ada LZS atau Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan hanya mengetahuinya menerusi laporan media.

“Jadi, kita langsung tidak mengetahui maklumat lanjut mengenai siapa nama ibu bapa dan bayi tersebut.

“Setiap negeri mempunyai pusat zakat masing-masing dan umat Islam boleh tampil membuat aduan sekiranya berdepan kesudahan. Secara kebiasaannya, golongan itu terutama asnaf akan sedaya upaya dibantu selepas menerima semua butiran lanjut,” katanya selepas melepaskan konvoi Bantuan Banjir MAIS ke Kelantan, Terengganu dan Kedah di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar meminta kerjasama semua mufti negeri mengeluarkan pandangan umum bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat termasuk berkaitan hukum syarak menyimpan dan membekukan mayat.

Terdahulu, kisah pilu yang berlaku terhadap mayat bayi lelaki berkenaan tular selepas dimuat naik Facebook pengurusan jenazah Islam Mr Wan Chai Official.- KOSMO! ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *