Home » Citra Yadim » BICARA Dakwah Hubbul Watan Nadwah Ulama Dan Ilmuwan YADIM (NUIM)

BICARA Dakwah Hubbul Watan Nadwah Ulama Dan Ilmuwan YADIM (NUIM)

BICARA Dakwah Hubbul Watan Nadwah Ulama Dan Ilmuwan YADIM (NUIM) sempena Maulidur Rasul di Masjid Kariah Paroi Jaya, Negeri Sembilan telah diadakan pada 19 Oktober.
Dianjurkan NUIM YADIM dan Masjid Kariah Paroi Jaya, ia disertai seramai 200 tetamu.
Program ini dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan tahlil ringkas sebelum ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid Kariah Paroi Jaya, Dr. Haji Mansor Osman dan ucapan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.
Tausiyah pertama disampaikan oleh Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam, YM Habib Dr. Muhammad Chaedar al-Yahya, manakala yang kedua oleh Pembimbing Majlis Ahbabul Mustafa, YM Ustaz Syed Abdul Bari Muhammad al-‘Aydarus.
Tausiyah ketiga pada majlis ini kemudiannya disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa NUIM YADIM, YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaudin.
Alunan qasidah turut diperdengarkan antara setiap tausiah.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa maulid oleh Pengerusi NUIM
Ustaz (Dr.) Bashir Mohamed al-Azhari dan
penyerahan cek cura sumbangan pembangunan Madrasah Zawiyyah Al-Ihya’ berjumlah RM1,000 serta penyerahan saguhati kepada Pengerusi Masjid kariah Paroi Jaya serta solat Isyak berjemaah.

Artikel Berkaitan

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *