Home » Langit Terbuka » Isu berbangkit berhubung RUU Mufti dijawab Mohd Na’im – PM

Isu berbangkit berhubung RUU Mufti dijawab Mohd Na’im – PM

ANWAR dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat semasa Majlis Perasmian Persidangan LAWASIA ke-37 hari ini. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang isu berbangkit berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 hanya akan dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

“Perkara itu akan dijawab Menteri Agama (Mohd Na’im),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan LAWASIA kali ke-37 2024, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media berhubung dakwaan peguam hak asasi Latheefa Koya bahawa RUU itu akan mengurangkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Mohd Na’im menjelaskan bahawa fatwa yang diwartakan di bawah RUU itu hanya mengikat orang Islam saja dan terhad di bawah bidang kuasa negeri.

Selain itu, katanya penggubalan undang-undang yang bersifat pengawalan adalah ciri negara berdaulat dengan tiada individu bebas melanggar prinsip perlembagaan, selain sekatan kebebasan seseorang tidak bermaksud hak asasi dilanggar kerana keabsahan hak asasi ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *