Home » Langit Terbuka » ‘Tiada guna saya jadi PM kalau kompromi mengenai Global Ikhwan’ – Anwar

‘Tiada guna saya jadi PM kalau kompromi mengenai Global Ikhwan’ – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) menjawab soalan dari peserta yang hadir pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI (FIM) di sebuah hotel hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Senator Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua, kanan), Pengerusi Tenaga Nasional Berhad Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid (kiri) dan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali (kanan).

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi dalam menyelesaikan isu kontroversi membabitkan rumah amal syarikat GISB Holdings (GISBH).

Perdana Menteri berkata, sekiranya tindakan tidak diambil ke atas isu itu, beliau mengumpamakan dirinya gagal sebagai seorang pemimpin.

“Setakat ini alhamdulillah, tuhan beri saya kesihatan yang baik, tetapi saya nekad dan tidak akan mengalah, kalau itu (isu GISBH) nak kena kompromi, tiada makna saya jadi Perdana Menteri,” katanya dalam Forum Ilmuan Malaysia Madani ‘Mencorak Peralihan Tenaga yang Mampan untuk Masa Depan Negara yang Sejahtera’, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata, kaedah perniagaan GISBH dimudah cara dengan pegangan Aurad Muhammadiah versi kumpulan itu sendiri.

Razarudin berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati pegangan salah itu digunakan GISBH dalam melaksanakan perniagaan mereka.

PDRM memperoleh lanjutan reman bagi siasatan terhadap ahli GISBH berkait Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selama empat hari bermula hari ini sehingga 29 September ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sesiapa yang melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tidak kira sama ada individu itu sering bercakap mengenai Islam.

“Mentaliti kita soal akhlak dan nilai itu jadi kebelakang. Walaupun (dia seorang) pensyarah dan cakap mengenai Islam (sampai) berbuih mulut, tapi kita tetap akan ambil tindakan (sekiranya dia terbabit) rasuah (atau) Global Ikhwan (GISBH). Itu akan ditentang,” katanya.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *