Home » Citra Yadim » Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi melestari gerakan dakwah.
Demikian antara penegasan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ketika menyempurnakan perasmian Bengkel Pelan Strategik badan dakwah ini di Kota Bharu pada 18 September.
Ujar beliau, setiap pegawai dan kakitangan mesti mempunyai rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugasan dakwah.
Bengkel Pelan Strategik YADIM ini menghimpunkan Pengarah Bahagian dan Negeri, Pengarah Kanan, pengurusan tertinggi serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah badan dakwah ini bagi merangka pelan strategik untuk tempoh 2025 hingga 2027.
Terdahulu dalam majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah membentangkan pencapaian badan dakwah ini untuk tempoh 2022 hingga kini serta gerak kerja yang telah dilaksanakan.
Ujarnya, cabaran dan dilalui serta inisiatif dakwah yang dilaksanakan memberi pengalaman berharga untuk YADIM.
Seterusnya pada sebelah malam, para peserta bengkel telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk merangka pelan strategik untuk menghadapi masa depan, khususnya bagi tempoh 2025 hingga 2027.
Perbincangan ini telah dipandu oleh dua perunding dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) iaitu Timbalan Ketua Pusat Sub Pengajian Kepimpinan Puan Lai Shevren dan Perunding Latihan Sub Pengajian Kepimpinan, Encik Mohd Syahrizad Mohd Sapandi.
Bengkel ini seterusnya bersambung untuk hari kedua pada 19 September.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *