SEKITAR Kunjung Hormat sempena Program Dakwah Negara (PDN) 2024 ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) pada 3 September oleh Bahagian Kepimpinan Muda YADIM.
Pihak JPWPP diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Hashrul Aidil Maslan dalam pertemuan ini, manakala pihak YADIM diwakili oleh Ketua Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda, Cik Nathrah Mohammed Said.
Kedua pihak telah membincangkan cadangan kerjasama untuk pelaksanaan program peringkat negeri sempena PDN 2024.
YADIM dan JPWPP turut mengadakan perbincangan mengenai isu-isu yang timbul dalam kalangan murid sekolah dan solusi untuk menyelesaikannya.
Semoga program yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua.
KOMEN