YADIM Negeri Selangor pada 3 September telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Kunjungan ini bertujuan menyemarakkan lagi aktiviti dakwah bersama pasukan keselamatan utama peringkat negeri terutamanya kepada pegawai dan anggota keselamatan di Selangor.
Pertemuan tersebut antara lain membincangkan program-program dakwah secara bersama yang disambut baik IPK Selangor. Antaranya termasuklah program integriti dan pengisian kepada ahli keluarga pegawai dan anggota polis di Selangor.
Kunjungan hormat itu disambut oleh Ketua Jabatan JIPS, IPK Selangor, Asisten Komisioner Polis Mohamad Hisham Mohamad Idris, timbalan beliau, Deputi Supritendan, Marsilah Mohammadiah, Asisten Supritendan Roshila Harun serta pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam, IPK Selangor.
Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti (BKB) YADIM, Encik Abdul Qayyum Aris dan Penolong Pegawai BKB, Encik Wan Mohamad Nabil Ibrahim.
Semoga usahasama ini bakal menjadikan YADIM dan IPK Selangor terus cemerlang dalam perluasan dakwah.
KOMEN