Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat YADIM ke Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS)

Kunjungan hormat YADIM ke Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS)

RAKAN Strategik yang pelbagai dalam melestari gerakan dakwah bukan sahaja menawarkan pilihan pendekatan untuk usaha itu, tetapi juga memberi keunikan dan kekuatan serta fleksibiliti untuk tujuan itu.
Justeru, YADIM sentiasa berusaha meluaskan dan menambah rakan kerjasama bagi melestari gerakan dakwah di negara ini.
Bagi merealisasikan hasrat itu, YADIM pada 3 September telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya bagi cadangan menjalin kerjasama khususnya dalam bidang dakwah.
Kunjungan delegasi YADIM yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah mengadakan perbincangan hampir dua jam bersama Presiden PUSPAHANAS, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali TLDM.
Keduanya mengadakan perbincangan mengenai pelbagai perkara seperti bentuk kerjasama yang boleh dijalin dan bagaimana YADIM dan PUSPAHANAS boleh saling memanfaatkan.
YADIM antaranya menurut Ustaz Zamri menawarkan penceramah dan jurulatih bagi tujuan dakwah umpamanya kepada PUSPAHANAS.
Dalam reaksinya Datuk Sabri berkata, pada masa akan datang YADIM mungkin boleh menyertai Kursus Minggu Eksekutif anjuran Maktab Ketahanan Nasional di bawah PUSPAHANAS yang diadakan untuk memperkukuhkan kesedaran mengenai aspek keselamatan negara dalam kalangan pesertanya.
Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Ketua Pengarah Pengurusan dan Latihan PUSPAHANAS, Brigedier Jeneral Mohd. Azmurin Mat Khalib, Pengarah Kanan Sektor Kewangan YADIM, Encik Kamarul Redzuan Nali dan Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM, Puan Ummu Husna Hani Husna Abdul Aziz.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *