Home » Citra Yadim » Kelas bersiri Kuliah Hadis 40 Imam Nawawi di PUSPEN

Kelas bersiri Kuliah Hadis 40 Imam Nawawi di PUSPEN

WARGA Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) tidak harus dipandang negatif dan perlu didampingi agar mereka tidak terasing dengan masyarakat luar.
Atas kesedaran itu, YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam Pusat Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang telah menggerakkan kelas bersiri Kuliah Hadis 40 Imam Nawawi setiap minggu sepanjang Program Dakwah Negara (PDN) berlangsung bermula 2 September bertempat di Surau Al-Ikhlas PUSPEN, Sepang.
Bagi siri pertama, YADIM Negeri Selangor telah menjemput Penolong Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM, Ustaz Khusnaini Mongin bagi menyampaikan pengisian kepada 150 orang warga Pusat berkenaan.
Dengan penganjuran program seumpama ini, YADIM Negeri Selangor berharap setiap lapisan masyarakat sentiasa dapat disantuni tanpa mengira apa jua status dan bertepatan dengan wasiat oleh Rasulullah SAW kepada umatnya agar berusaha menyebarkan ajaran Islam yang dibawanya.
Sabda baginda SAW bermaksud: “Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *