Home » Citra Yadim » Kembara YADIM Negeri Kedah dan Perlis

Kembara YADIM Negeri Kedah dan Perlis

SELEPAS Padang Awam Taman Tungku Putra dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Flat Paya Nahu, Kembara YADIM Negeri Kedah dan Perlis sempena sambutan kemerdekaan negara diteruskan pula ke Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu pada 1 September.
Program di dewan sekolah tersebut menarik penyertaan 300 orang terdiri daripada kaum ibu, belia dan kanak-kanak. Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Dr Ahmad Mujahid Abdullah telah menyampaikan ucapan mengenai Aspirasi YADIM dan nilai-nilai kemerdekaan dan mengagihkan sebanyak 200 bendera Jalur Gemilang kepada peserta yang hadir.
Kembara ini kemudiannya diteruskan dengan Sumbangan Bakul Madani kepada 30 penerima yang layak di daerah Bandar Baharu oleh Dr. Ahmad Mujahid sambil diiringi oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain.
Turut menjadi sebahagian aturcara program ialah aktiviti Kayuhan Merdeka yang disertai seramai 50 peserta terlibat. Perpustakaan Desa Kampung Belakang Pekan turut mengadakan sesi kuiz kemerdekaan manakala Pejabat Penerangan Daerah menyediakan bahan hebahan secara percuma.
Secara keseluruhannya, program yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Komuniti Madani Serdang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Serdang, Perpustakaan Desa Kampung Belakang Pekan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir dilihat sangat baik untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan kepada murid dan komuniti.
Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu: Puan Nor Asikin Haria, Ketua Komuniti Madani Serdang, Encik Khairul Bahar Hashim, Penghulu Sungai Kechil Hilir, Encik Abdullah Sadiq Mohd Nasir dan Wakil IPD Bandar Baharu, Tuan Mohd Zafri Omar.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *