Home » Citra Yadim » Kuliah Hubbul Watan sempena Program Dakwah Negara

Kuliah Hubbul Watan sempena Program Dakwah Negara

LENSA Kuliah Hubbul Watan sempena Program Dakwah Negara di Surau Al Falah, Program Perumahan Rakyat (PPR) Hicom, Shah Alam pada 1 September.
Program anjuran YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Pangsapuri PPR Hicom ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh masyarakat setempat.
Ceramah mengenai Hubbul Watan di sampaikan oleh Daie Komuniti YADIM Negeri Selangor, Ustaz Azam Sofuan kepada komuniti Pangsapuri PPR Hicom berkenaan.
Selain itu, penyampaian sumbangan Bakul Madani kepada 30 orang asnaf dan Orang Kurang Upaya yang menetap di kawasan tersebut juga diadakan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Ustaz Mohd. Fitri Aziz Mohd. Yusof.
Hadir sama ialah Pengurus Besar Perumahan Hartanah Selangor Sdn. Bhd., Haji Wan Mohd. Fadzli Mohd. Yusoff dan Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, Ustaz Muhamad Hafizuddin Mohd. Daud.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *