YADIM Negeri Pulau Pinang telah membuka tirai Program Dakwah Negara 2024 di Dewan Menara Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Timur Laut pada 1 September 2024.
Program ini adalah anjuran YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Timur Laut .
Program dimulakan dengan pertandingan melukis bendera Malaysia , permainan karom dan diakhiri dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh oleh pengamal undang-undang, Ustaz Mohammad Arif Abdul Wahab dengan tajuk ‘Merdekakah Aku?’ kepada 60 Orang Kena Pengawasan.
Hadir sama ialah wakil YADIM Negeri Pulau Pinang, Encik Mohamad Akmal Suhaimi serta Penolong Pegawai Antidadah, Encik Azhari Mohd Mokhtar.
KOMEN