Home » Citra Yadim » YADIM Negeri Selangor menganjurkan kejohanan bola sepak

YADIM Negeri Selangor menganjurkan kejohanan bola sepak

DAKWAH Bukan hanya dengan ceramah atau kuliah semata-mata, sebaliknya ia satu pendekatan universal dalam menyampaikan risalah agama.
Sesuai dengan itu, YADIM Negeri Selangor telah menganjurkan kejohanan bola sepak 9 sebelah dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Program Perumahan Rakyat (PPR) Enggang Blok B, Puchong dan Adab Youth Garage (AYG) bertempat padang PPR Enggang pada 31 Ogos.
Sebanyak sembilan pasukan menyertai kejohanan ini melibatkan peserta berumur 7 tahun hingga remaja 15 tahun.
Program tersebut dimulakan dengan tazkirah kemerdekaan dan kemudiannya diteruskan dengan solat Dhuha di padang bola yang diselaraskan Daie Komuniti YADIM Selangor, Ustaz Sayyid Nasrullah.
Majlis perasmian sebelum itu dihadiri Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd. Fitri Aziz Mohd. Yusof dan Pengerusi KRT PPR Enggang Blok B, Encik Mohd. Sabri Mat Yusof.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *