Home » Citra Yadim » Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang : ‘Jiwa Merdeka’

Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang : ‘Jiwa Merdeka’

SAMBUTAN Kemerdekaan harus disambut dengan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT, justeru YADIM Negeri Selangor mengambil kesempatan ini meneruskan risalah dakwah dengan pelbagai aktiviti kepada masyarakat.
Pada 31 Ogos, satu forum telah diadakan untuk komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang dengan tajuk ‘Jiwa Merdeka’ yang menampilkan Daie Komuniti YADIM (DKY) Ustaz Johari Hussein dan DKY Ustaz Azam Sofuan sebagai panelis, manakala DKY Ustaz Nasrullah Amran bertindak sebagai moderator.
Tujuan program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat setempat supaya ianya dapati dihayati dengan rasa jiwa bukan sekadar meniti dibibir dengan menyebut Merdeka semata-mata.
Dalam majlis yang sama, sumbangan Bakul Madani turut diagihkan kepada golongan yang memerlukan dan disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, Ustaz Muhamad Hafizuddin Mohd Daud, yang melibatkan 20 orang asnaf dalam komuniti PPR Hiliran Ampang.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *