Home » Langit Terbuka » Jawatankuasa khas panggil bekas pengikut GISBH, siasat terperinci doktrin fahaman

Jawatankuasa khas panggil bekas pengikut GISBH, siasat terperinci doktrin fahaman

Mohd Na'im berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

PUTRAJAYA: Jawatankuasa khas akan memanggil bekas pengikut Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dalam tempoh terdekat bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci berhubung doktrin fahaman kumpulan terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata jawatankuasa khas yang dibentuk itu akan menyelesaikan dan memuktamadkan kajian berkaitan GISBH.

“Jawatan kuasa ini di bawah saya, nanti kita akan panggil bekas ahli GISB untuk kita dapatkan maklumat yang sebenarnya,” katanya selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Mohd Na’im sebelum ini dilaporkan berkata, isu berkaitan GISBH akan dibawa ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Beliau berkata, perkara itu akan dibawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memutuskan persoalan berkaitan akidah.

Sehubungan itu, Mohd Na’im berkata, status GISBH sama ada difatwakan sesat atau sebaliknya, akan dibincangkan pada peringkat MKI.

Ditanya mengenai keadaan wanita dan kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam beberapa serbuan di rumah amal dikaitkan dengan GISBH, beliau berkata, pihaknya sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkuasa.

“Kita bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya sentiasa berkomunikasi dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk melihat aspek kebajikan mereka kerana ini keutamaan kami beri kepada mereka.

“Malah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,) Datuk Seri Nancy Shukri akan lihat bagaimana kita nak pastikan mereka ini terbela dari aspek kebajikan, pendidikan dan hala tuju dapat ditentukan,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan, kanak-kanak di rumah amal dikaitkan dengan GISBH diasingkan daripada ibu bapa mereka sejak usia setahun.

Razarudin dilapor berkata, hasil risikan mendapati keseluruhan kanak-kanak itu menjalani proses tumbesaran sepenuhnya dalam rumah amal dikaitkan dengan GISBH.

Selain itu, 13 kanak-kanak yang menjadi penghuni rumah perlindungan yang diserbu PDRM, disyaki diliwat.

Dalam Op Global dijalankan antara jam 6 hingga 11 pagi Rabu lalu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan yang dikatakan bermotif agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *