PENGENALAN MAIM
- MAIM merupakan satu ‘Majlis’ di bawah YADIM yang keaggotaannya terdiri daripada wakil-wakil pertubuhan amal Islam.
- Tujuannya mengumpul, menyelaras, menyusun strategi dan menggerakkan pertubuhan amal Islam dalam
membangunkan khayra ummah. - YADIM menjadi sekretariat Majlis bagi menyelaras dan melaksanakan keputusan-keputusan Majlis.
OJEKTIF MAIM
- Membantu NGO Islam yang bernaung dibawah YADIM menyebarkan dakwah selari dengan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah dan tidak menyalahi peruntukan undang – undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
- Mengamalkan dan mengembangkan ajaran Islam serta memupuk Kerjasama pintar dan jaringan dakwah dalam kalangan NGO Islam.
- Memimpin pandangan umat Islam dalam menangani isu – isu semasa serta menyalurkan pandangan NGO Islam dan pendapat umum masyarakat kepada pihak kerajaan dan/atau pihak berkepentingan.
FUNGSI MAIM
- Mencari jalan terbaik untuk menyatukan pandangan dan memberi maklum balas yang berkesan kepada permasalahan umat Islam.
- Mengutarakan isu-isu utama, cadangan dan pandangan dalam isuisu masyarakat kepada pihak kerajaan.
- Memupuk kerjasama pintar dan jaringan dakwah dalam kalangan organisasi bukan kerajaan (NGO Islam) dan agensi kerajaan
- Menyelaras gerakan amal Islami agaria lebih tersusun dan dinamik dalam membantu kerajaan mengerakkan dasar menangani isu masyarakat Islam
STRATEGI MAIM
- Mengerakkan massa – mengabung kekuatan NGO-NGO Islam.
- Mendekati al Malak – interaksi dengan institusi raja, pemerintah dan pembuat dasar.
- Penonjolan Imej – menampilkan tokoh dan program yang berimpak tinggi.
- Merungkai Masalah – isu dan “problem solving” berasaskan cadangan bersama.
KUMPULAN SASAR
- Pertubuhan Islam bukan kerajaan
- Badan-badan amal Islam
- Golongan ulama dan intelektual Islam
- Tokoh-tokoh politik tanah air
- Guru-guru agama
- Imam-imam masjid
- Kakitangan kerajaan
- Penuntut IPT dari dalam dan luar negara
- Pelajar-pelajar sekolah
- Saudara baru