Home » Langit Terbuka » NurTrend ‘Hidupkan’ Orang Yang Dah Meninggal Guna Teknologi AI, Mufti Jelas Hukumnya!

NurTrend ‘Hidupkan’ Orang Yang Dah Meninggal Guna Teknologi AI, Mufti Jelas Hukumnya!

Contoh trend.

Akhir-akhir ini timbul pelbagai aplikasi yang menggunakan contoh teknologi Ai mampu menganimasikan foto orang yang telah meninggal dunia dimuat naik seolah-olah kelihatan hidup. Ini dijadikan ‘trend’ apabila kononnya dapat melepaskan rindu kepada ahli keluarga, khususnya.

Namun, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat adakah dibenarkan dari sudut hukum penghasilan semula imej atau video mereka yang telah meninggal dunia menggunakan aplikasi tersebut?

Hukum menghasilkan imej orang yang meninggal dunia menggunakan teknologi Generative Ai, iaitu seseorang memasukkan arahan pada perisian atau aplikasi untuk gambar yang dikehendaki kemudian menghasilkan imej digital mengambil sama seperti hukum melukis gambar.

Hukum melukis gambar makhluk yang tidak bernyawa seperti pokok-pokok atau gunung ganang adalah harus dan dalam hal ini tidak ada perselisihan di kalangan ulama. Adapun hukum melukis gambar makhluk yang hidup dan sempurna adalah haram menurut Majoriti ulama. Hal berdasarkan sabda Nabi SAW:

إِنَّ الَّذِينَ يَصْنَعُونَ هَذِهِ الصُّوَرَ يُعَذَّبُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ لَهُمْ: أَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat seraya diseru, ‘Hidupkan apa yang kalian buat.”- (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW juga bersabda:

أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللَّهِ

Maksudnya: “Manusia yang paling pedih azabnya pada hari kiamat adalah orang yang berusaha menyaingi ciptaan Allah.” (Riwayat al-Bukhari)

Hukum melukis gambar sama ada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tanpa tujuan dan sebab yang munasabah hukumnya adalah haram menurut majoriti ulama. Namun penggunaan menghasilkan imej digital untuk tujuan kemaslahatan dan keperluan seperti tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan.

 

HARUS DENGAN SYARAT..

contoh teknologi ai

Selain itu, lukisan dan gambar yang tidak lengkap (hanya menampilkan sebahagian anggota sahaja) iaitu jika dengan ketiadaan sebahagian anggota seperti kepala maka tiada bernyawa manusia dan haiwan tersebut maka hukumnya harus. Oleh itu, penghasilan imej digital orang yang telah meninggal dunia aplikasi “generative AI” adalah harus dengan syarat:

1.Gambar yang dihasilkan bukanlah gambar yang sempurna seluruh anggota tubuh badan.

2.Tidak mempamer aurat atau apa sahaja perkara yang bercanggah dengan syarak.

3.Tidak mengaibkan gambar si mati.

4.Tidak menjadikan gambar orang yang telah meninggal dunia bergerak-gerak kerana dikhuatiri ia akan menjatuhkan maruah atau memalukannya.

5.Tujuan gambar tersebut dibuat hanyalah untuk perkara-perkara kebaikan.

6.Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Penggunaan teknologi yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan yang tidak baik sama ada kepada individu, masyarakat mahupun negara.

Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa hukum mengenai gambar makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan bergantung pada tujuan pembuatannya:

1.HARAM jika gambar tersebut dibuat untuk disembah selain Allah SWT, untuk menyucikannya, untuk menyaingi ciptaan Allah SWT, untuk menggambarkan para Nabi dan Malaikat atau gambar-gambar yang tidak menutup aurat.

2.TIDAK HARAM jika gambar tersebut tidak dimaksudkan untuk tujuan yang terlarang dalam Islam.

*Oleh itu, dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Penggunaan teknologi yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan yang tidak baik sama ada kepada individu, masyarakat mahupun negara.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *