Home » Langit Terbuka » Ajaran Millah Abraham sentiasa dalam perhatian polis – KPN

Ajaran Millah Abraham sentiasa dalam perhatian polis – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Kuala Krai: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam sentiasa memantau perkembangan ajaran Millah Abraham bagi mengelakkan ajaran sesat itu berkembang ke seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ajaran yang difatwakan haram pada 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan itu masih terkawal dengan tangkapan demi tangkapan dibuat oleh beberapa kontinjen negeri.

“Kesalahan berkaitan ajaran Millah Abraham ini adalah di bawah Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam negeri namun mereka bersama PDRM sentiasa bekerjasama untuk memantau.

“Kita dapati ahlinya kira-kira 5,000 orang dan dikesan meningkat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin kerana penggunaan Internet atau media sosial bagi mengembangkan ideologi ajaran itu.

“Kita semua tahu ajaran ini dari Indonesia dan setakat ini ia masih terkawal. Ada tangkapan di Sarawak dan kontinjen lain juga,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ajaran Millah Abraham difatwakan haram pada 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan antara fahaman salah ajaran sesat itu ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli adalah tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan mempunyai syahadah berbeza.

Mereka juga cuba menggabungkan tiga agama membabitkan Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman sendiri tanpa berdasarkan kitab tafsir.

Terdahulu Razarudin hadir di Kampung Jenal, Dabong di sini, merasmikan program Kampung Angkat Madani Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hadir sama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *