Home » YADIM MADANI » Seminar Kenegaraan Madani di Politeknik Mersing

Seminar Kenegaraan Madani di Politeknik Mersing

PROGRAM Seminar Kenegaraan Madani yang terbaharu telah berlangsung di Politeknik Mersing, Johor pada 21 Ogos.
Diadakan di Dewan Permata Marjan politeknik berkenaan dan disertai seramai 400 pelajar, ia bertujuan memberi penerangan berkaitan konsep Malaysia Madani dengan kefahaman yang betul, kedudukan Islam dalam perlembagaan, keselamatan negara serta peranan orang muda dalam penghayatan teras Malaysia Madani.
Pengamal undang-undang, Encik Ahmad Fadli Umar Aminolhuda, Ketua Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, Puan Najwa Shuhaida Omar dan Ahli Zamalah YADIM Negeri Johor, Haji Azam Abd Razak merupakan penceramah untuk program ini.
Pengarah Politeknik Mersing, Ts. Robert @ Kerk Swee Tian telah merasmikan program ini. YADIM Negeri Johor telah diwakili Penolong Pengarahnya, Ustaz Mohd Khamis Mohd Sani.
Program yang sama bakal diadakan di Politeknik METrO Johor Bahru dan Pagoh pada bulan Oktober nanti.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *