Home » YADIM MADANI » Program Aspirasi Remaja Madani : Kayuhan Merdeka 2024

Program Aspirasi Remaja Madani : Kayuhan Merdeka 2024

MENYEMARAKKAN Bulan Kemerdekaan Negara, telah dianjurkan menganjurkan Program Aspirasi Remaja Madani : Kayuhan Merdeka 2024 pada 22 Ogos.
Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Kesom, SK Kebor Besar, YADIM Negeri Terengganu, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu, Komuniti Madani Kebor Besar, Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Che Nordin, serta Persatuan Belia Berpesonaliti Unggul Kesom Che Nordin.
Program kayuhan sejauh enam kilometer itu bermula di SK Kebor Besar hingga ke SK Kesom disertai seramai lebih 130 peserta terdiri daripada pelajar dan guru.
Ia dimulakan dengan senamrobik dan acara kibaran bendera di SK Kebor Besar serta menampal bendera pada kereta konvoi kayuhan mereka.
Seterusnya, pelepasan peserta basikal berhias bertemakan kemerdekaan bagi acara kayuhan merdeka telah disempurnakan oleh wakil YADIM Negeri Terengganu, Encik Syamsul Firdaus Shamsuddin bersama wakil Komuniti Madani Kebor Besar, Wan Abdullah Wan Embong.
Turut hadir sama dalam pelepasan ialah Pegawai Penerangan Daerah Kuala Nerus, Puan Nor Emylia Lot dan Guru Besar SK Kebor Besar, Cikgu Shukri Mohamad.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *