Home » YADIM MADANI » Seminar Kenegaraan Madani Peringkat Wilayah Persekutuan

Seminar Kenegaraan Madani Peringkat Wilayah Persekutuan

JELAJAH Seminar Kenegaraan Madani Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kini singgah di Pusat Tingkatan Enam Victoria Institution, Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur pada 22 Ogos.
Siri kali ke-7 ini dihadiri kira-kira 150 orang pelajar tingkatan enam dan guru.
Ia menampilkan Dr. Zulqarnain Lukman dan Profesor Madya Dr Khairil Azmin Datuk Mokhtar yang kedua-duanya merupakan pakar perundangan negara bergandingan dalam Forum Kenegaraan Madani dengan tajuk ‘Kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan Jaminan Hak Bagi Agama-Agama lain di Malaysia’.
Tamat sesi forum, program YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) ini menampilkan seorang lagi pakar perundangan, Tuan Noorazmir Zakaria bagi menyampaikan syarahan bertajuk ‘Perlembagaan Persekutuan Negara’.
Acara kemudian diteruskan dengan majlis penutupan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof yang diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan JPWPKL, Puan Hajah Noorlia Arshad JPWPKL serta Puan Zufrizah Aryiati, Penolong Kanan Pusat Tingkatan Enam Victoria Institution.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *