Home » Langit Terbuka » Perkasa pembangunan dakwah, kebajikan murabbi ummah

Perkasa pembangunan dakwah, kebajikan murabbi ummah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar semasa menghadiri Program Jelajah MADANI Ulama’ dan Umara’ Peringkat Sarawak di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

KUCHING, 11 Ogos: Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa meletakkan keutamaan untuk memperkasakan pembangunan dakwah dan kebajikan murabbi ummah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, bayaran khas sebanyak RM 700 yang diberikan secara sekali beri kepada imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA dan caruman PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan (SKSPS) bagi mereka yang bekerja sendiri.

Menurutnya, ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam usaha kebajikan murabbi ummah.

“Usaha yang dilakukan murabbi ummah dalam mengurus dan mengimarahkan masjid termasuk institusi pendidikan dengan tradisi ilmu serta aktiviti bagi memberi kefahaman Islam kepada masyarakat amat kita hargai,” katanya ketika berucap semasa menghadiri Program Jelajah MADANI Ulama’ dan Umara’ Peringkat Sarawak di sini, hari ini.

Na’im berkata, pendidikan KAFA sentiasa diberi penambahbaikan termasuk penggunaan buku teks yang merupakan sumber penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran KAFA seiring dengan pendidikan arus perdana.

“Sehingga kini, pembelian buku teks KAFA adalah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa dan penjaga. Ini sedikit sebanyak menjadi beban kepada ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan terutamanya kepada golongan B40.

“Sejumlah RM8,169,984 peruntukan disalurkan kepada Yayasan Taqwa melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Peruntukan ini memberi manfaat bukan sahaja kepada murid daripada keluarga B40 malahan kepada penyelia dan guru KAFA,” jelasnya.

Untuk rekod, sebanyak 9,930 murid, 2,579 guru KAFA dan 38 penyelia KAFA menerima manfaat daripada peruntukan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan pihaknya menggerakkan Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 bagi kesemua agensi di bawah seliannya dengan mempunyai sebanyak 31 program utama merentas lima Teras Pelan Transformasi Al-Falah yang disusun bagi mencapai Malaysia MADANI. – TVS

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *