Home » Langit Terbuka » ‘Sekat ajaran sesat Millah Abraham di Perak walaupun masih kecil’

‘Sekat ajaran sesat Millah Abraham di Perak walaupun masih kecil’

Zamri pada majlis Motivasi Kecemerlangan Pelajar Biasiswa MAIPk hari ini. NSTP/L MANIMARAN

IPOH: Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) mengesahkan kewujudan gerakan ajaran sesat Millah Abraham di negeri itu, tetapi dalam skala kecil.

Susulan itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, berkata JMNPk akan membuat sekatan termasuk mewartakan fatwa mengenainya bagi mengelak ajaran sesat itu daripada merebak.

“Ajaran sesat itu memang dilaporkan ada di Perak dan untuk butiran lebih lanjut, perlu rujuk kepada Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

“Walaupun masih dalam skala kecil tetapi kita perlu buat sekatan kerana tidak mustahil ia akan merebak. Bagi kami di Jabatan Mufti melihat benda ini kalau salah, maka kita fatwakan ajaran itu salah.

“Fatwa itu penting bagi penguatkuasaan untuk memberikan penampan (penahan) kepada masyarakat yang tidak terbabit dengannya,” katanya selepas program Ceramah Motivasi Kekeluargaan bersempena Majlis Anugerah dan Motivasi Kecemerlangan Pelajar Biasiswa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh.

Ajaran Millah Abraham kerap diperkatakan kebelakangan ini apabila ia dilapor dikesan di beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan Johor dalam, manakala Melaka dan Kelantan menafikan kewujudan ajaran itu di negeri berkenaan.

Antara fahaman menyimpang ajaran itu ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli sebagai tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan ada syahadah berbeza.

Mereka juga cuba menggabungkan tiga agama iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman mereka tanpa berdasarkan kitab tafsir.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa pengikut ajaran itu selesai menjalani oroses pendakwaan di mahkamah syariah selepas dipercayai cuba menyebarkan ajaran itu kepada ahli keluarga dan masyarakat.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *