Home » Langit Terbuka » Usaha Malaysia pupuk perpaduan, semangat kebersamaan diiktiraf antarabangsa – Sultan Nazrin

Usaha Malaysia pupuk perpaduan, semangat kebersamaan diiktiraf antarabangsa – Sultan Nazrin

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah ucapan perasmian pada program Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024: "Dignity For Everyone, Everywhere : Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies" anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ACE Conference Centre hari ini.

KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia memupuk perpaduan dan kebersamaan rakyat berbilang kaum diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah Malaysia telah dipuji sebagai negara yang berjaya menyatupadukan masyarakat pelbagai budaya dan baginda percaya keterangkuman negara, seperti meraikan kepelbagaian, menjadi komponen penting kepada kemakmuran yang berterusan.

“Seperti yang telah beta titah sebelum ini dan beta ulangi, rakyat Malaysia daripada semua kaum, agama dan lokasi geografi, perlu, tanpa sedikit rasa ragu-ragu, percaya bahawa mereka mempunyai tempat di negara ini,” titah Sultan Nazrin pada Persidangan Serantau Asia Tenggara Mengenai Kemuliaan Insan, di sini hari ini.

Sultan Perak bertitah, ada kumpulan manusia yang dipandang rendah dan kurang diterima kerana kepercayaan atau warna kulit mereka, justeru perkara itu mesti ditangani dengan menyebarluaskan bahawa semua jiwa insan itu mempunyai nilai yang sama.

“Dalam berdepan kebencian, kita mesti menyebarkan mesej penerimaan. Dalam berdepan kejahilan, kita mesti menyebarkan pengetahuan. Dan dalam ketakutan, kita sebarkan kecintaan,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, di seluruh dunia hari ini, mereka yang mempunyai kepercayaan dan latar belakang berbeza dilucutkan kemuliaan kemanusiaannya, malah di beberapa negara, terdapat kumpulan agama yang ditindas oleh kerajaan, dihalau dari rumah mereka dan dipenjara.

Artikel Berkaitan

Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *