Home » Langit Terbuka » Sabah bakal tubuhkan Mahkamah Syariah Utama selepas Perak

Sabah bakal tubuhkan Mahkamah Syariah Utama selepas Perak

EXCO Agama Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif ketika membentangkan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan hal ehwal syariah negeri ini. Foto ihsan KSTI Sabah

KOTA KINABALU: Sabah rancang menubuhkan Mahkamah Syariah Utama (MUS) yang merupakan mahkamah tertinggi dalam susunan hierarki kehakiman syariah.

Sabah akan jadi negeri kedua yang bakal mempunyai MUS selepas Perak pada 2018.

Penubuhan mahkamah terbabit akan dilaksanakan setelah Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah 2024 diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) merangkap EXCO Agama, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif ketika membentangkan RUU terbabit berkata kesan daripada penubuhan itu melibatkan perubahan bidang kuasa bagi setiap mahkamah, perubahan proses rayuan dan penyemakan daripada setiap mahkamah, pelantikan hakim, pelantikan pendaftar dan pelantikan pegawai sulh bagi setiap mahkamah.

Artikel Berkaitan

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *