Home » YADIM MADANI » Majlis Ilmu Madani bersama Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb

Majlis Ilmu Madani bersama Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb

ALHAMDULILLAH…. Budaya ilmu terus disuburkan di Kompleks Seri Perdana.
Dalam penganjuran terkini Majlis Ilmu Madani pada 3 Jun, hampir 500 tetamu memenuhi dewan program yang menyaksikan Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb menjadi tetamu undangan.
Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Anwar Ibrahim ketika memulakan majlis menzahirkan penghargaan atas kesudian Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb memenuhi undangan beliau.
Kata Perdana Menteri lagi, Al Azhar merupakan gedung ilmu yang mempunyai peranan dan sumbangan Amat besar kepada dunia Islam dan alam Melayu.
Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb pula menyentuh tentang kepentingan untuk memelihara kehamonian serta perlu menerima untuk hidup bersama.
Beliau turut berpesan agar sentiasa bertoleransi dan tidak melampsi batas.
Majlis ini turut dihadiri menteri-menteri kabinet, ketua-ketua jabatan serta wakil-wakil badan bukan kerajaan.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus serta timbalannya, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin juga meluangkan masa hadir ke majlis ini.
Tidak ketinggalan ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustaz Dr. Bashir Mohamed Al Azhari dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
Semoga kehadiran Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb memberi barakah dan menyemarakkan lagi tradisi mencintai ilmu di negara ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *